suria

Olahraga Dunia IAAF: Jamaica Dominasi Acara 4x100, Bolt Raih Emas Ketiga

Kuartet 4x100 meter Jamaica meraih emas. Dr kiri: Usain Bolt, Nesta Carter, Asafa Powell dan Nickel Ashmeade.

USAIN Bolt membawa Jamaica menamatkan perlumbaan acara 4x100 meter berganti di barisan hadapan sekaligus merangkul emas ketiga peribadinya pada Kejohanan Olahraga Dunia IAAF, di Stadium Nasional Beijing, Sabtu malam.

Kuartet terpantas dunia itu dimulakan dengan Nesta CArter, Asafa Powell, Nickel Asheade dan Bolt yang mempamerkan larian mantap sebelum menyerahkan baton antara satu sama lain.

Sebelum ini Bolt merangkul emas dalam acara 100 dan 200 meter.

Pasukan Jamaica mencatat larian terpantas dengan 37.36 saat, diikuti kuartet Amerika Syarikat yang dibarisi Trayvon Bromell, Justin Gatlin, Tyson Gay dan Mike Rodgers, namun kemenangan mereka dibatalkan kerana melakukan pertukaran yang tidak dibenarkan.

Disebabkan itu, pingat perak diserahkan kepada pasukan China yang mencatat 38.01s, manakala Kanada meraih gangsa (38.13s).

Kuartet Britain, Richard Kilty, Danny Talbot, James Ellington dan Chijindu Ujah gagal menamatkan perlumbaan selepas masalah baton terus menghantui mereka.

Sementara itu, kategori 4x100 wanita juga turut didominasi Jamaica dengan gandingan Veronica Campbell-Brown, Natasha Morrison, Elaine Thompson dan Shelly-Ann Fraser-Pryce dengan merekodkan masa terpantas 41.07s.

Kuarter wanita Amerika Syarikat meraih perak dengan catatan masa 41.68s, diikuti skuad Trinidad and Tobago, 42.03s.

Usain Bolt, Jamaica

Artikel Lain