suria

Bayern Dedah Tolak Tawaran £60 Untuk Thomas Muller

PRESIDEN Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge mendedahkan telah menolak tawaran lumayan sebuah kelab untuk mendapatkan khidmat Thomas Muller pada jendela pemindahan pemain baru-baru ini.

Walaupun tidak mendedahkan pasukan yang membuat tawaran bernilai £60 juta itu, namun ia dipercayai datang dari Manchester United.

Kembali kepada laporan pada Ogos lalu, Louis van Gaal memberitahu satu tawaran besar telah dibuat untuk mendapatkan seorang penyerang dan ia bersifat kejutan sebelum semuanya senyap begitu sahaja.

Namun, Muller turut mendapat perhatian Real Madrid yang turut mahukan khidmatnya.

"Saya bercakap mengenai angka yang tinggi. Jika saya seorang pengurus bank, saya terima tawaran tersebut.

"Tetapi sebagai sebuah kelab bola sepak kami bertindak menutup 'pintu' dan 'pintu' itu masih ditutup (enggan menjual Muller). Saya berani janji kepada semua pihak.

"Bagaimanapun berikutan peningkatan nilai wang di televisyen (siaran langsung) di England ia akan membuat keadaan menjadi lebih susah untuk Bayern," jelasnya.

Namun begitu, Rummenigge tetap memuji cara kelab Liga Perdana Inggeris dikendalikan bagi memastikan mereka terus mendapatkan pendapatan lebih tinggi setiap musim.

Manchester United, Bayern Munich

Artikel Lain