suria

Insiden Patah Kaki: Hector Moreno Mohon Maaf Kepada Luke Shaw

PEMAIN pertahanan PSV Eindhoven, Hector Moreno memohon maaf secara terbuka kepada Luke Shaw kerana  menyebabkan kaki kanan pertahanan kiri Manchester United itu patah.

Pertahanan kiri United berusia 20 tahun itu mengalami mimpi ngeri berkenaan ketika hampir menjaringkan gol dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi Rabu.

Moreno selain itu turut dikecam kerana didakwa melakukan kekasaran melampau terhadap Shaw.

Kecaman itu turut dilontarkan oleh pengendali United, Louis van Gaal pada sidang media selepas perlawanan tersebut.

Moreno ketika ditemui pemberita berkata," saya tahu apa yang dia rasakan, saya tahu bagaimana susahnya untuk melalui detik ini.

"Saya melakukan sesuatu yang sangat tidak baik, saya meminta maaf."

Moreno yang merupakan pemain Mexico sebelum ini pernah melakukan kekasaran terhadap pemain Belanda sehingga patah kaki.

Berikutan itu, media menyifatkan Shaw sebagai mangsa kedua Moreno.

Manchester United, PSN Eindhoven

Artikel Sebelum

Artikel Lain