suria

Moto2: Hafizh Puas Hati Di Tempat Ke-8

Pelumba Moto2 pasukan Petronas Raceline Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah selepas menamatkan pelumbaan Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix 2015 di tempat kelapan di Litar Antarabangsa Sepang, Ahad.
SEPANG: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah berjaya menamatkan saingan di tempat kelapan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Ahad.

Selepas berdepan dengan masalah penyelaran jenteranya sejak Jumaat lalu, pelumba Petronas Raceline Malaysia ini berjaya memantapkan aksinya yang bermula di petak ke-18.

Sejak awal perlumbaan, Hafizh sudah mula memecut berada dalam kelompok hadapan barisan pelumba di kedudukan kesembilan sebelum menamatkan saingan di tempat kelapan.

Biarpun pelumba berusia 21 tahun ini mensasarkan untuk menamatkan saingan di kedudukan kelima, keputusan yang dicatat hari ini sudah cukup memuaskan hatinya.

“Saya sasar tempat yang kelima tetapi saya sedar had jentera saya sebab itu saya cuba mengekalkan kedudukan di tempat kelapan. 

 


“Bermula dari petak ke-18 dan menamatkan perlumbaan di tempat  kelapan dan saya tidak tahu berapa ramai pelumba yang saya pintas.

“Jentera juga berada dalam keadaan yan baik selepas dua hari bergelut untuk mencari penyelarasan. Ketika sesi pemanas badan pagi tadi, saya dapat atasi masalah di bahagian hadapan.

“Untuk perlumbaan pusinagn terakhir musim ini di Valencia dan saya akan cuba yang terbaik untuk negara dan pasukan bagi berada dalam kelompok sepuluh terbaik.

“Saya juga berterima kasih kepada semua penyokong-penyokong saya yang datang dan keputussan hari ini dapat menggembirakan mereka kerana tahun lalu saya tidak dapat keputusan yang baik kerana terjatuh,” jelasnya selepas perlumbaan.

Sementara itu, seorang lagi pelumba Petronas AHM Malaysia, Ramdan Rosli menamarkan cabaran di kedudukan ke-24, manakala pelumba Idemitsu Honda Team Asia, Azlan Shah di tempat ke-16.

Trofi kejuaraan dirangkul oleh pelumba Ajo Motosport, Johan Zarco dengan mencatat masa terpantas 40’37.772 saat meninggalkan Thomas Luthi (Derendinger Racing Interwetten) dan ketiga Jonas Folger dari pasukan AGR Team.

Moto2, MotoGP, SIC

Artikel Sebelum

Artikel Lain