suria

Moto3: Dua Pelumba Red Bull KTM Ajo Kuasai Litar Sepang

SEPANG: Miguel Oliveira Red Bull KTM Ajo menguasai perlumbaan Moto3 Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Ahad.


Oliveira mencatat masa terpantas 40’33.277s meninggalkan rakan sepasukannya, Brad Binder (00.089) diikuti pelumba Estrella Galicia 0,0, Jorge Navarro.

Berikutan kemenangan itu, penunggang Portugis berusia 20 tahun ini berpeluang untuk terus memburu gelaran juara apabila pesaing terdekatnya, Danny Kent dari Britain, sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.

"Saya tak dapat sebarang maklumat tentang Danny (Kent). Saya tak ambilpeduli mengenainya kerana hanya ingin menjulang bendera juara.

"Perburuan gelaran juara masih berterusan dan walaupun ia agak sengit, sayatetap akan berjuang hingga ke akhir," kata Oliveira.

Perebutan gelaran juara antara Oliveira dan Kent akan berterusan padapusingan akhir musim ini di Litar Valencia, Sepanyol pada 8 November ini.   

Berikutan pencapaiannya pada perlumbaan hari ini, Kent perlu mendahului dengan 24 mata pada pusingan akhir untuk membolehkannya menjadi juara.

Sementara itu, harapan untuk melihat pelumba negara dari pasukan Drive M7 SIC, Zulfahmi Khairuddin berada dalam kelompok terbaik perlumbaan berkecai apabila hanya menamatkan saingan di kedudukan ke-28 selepas terjatuh di Turn 9.

Namun rakan sepasukannya, Jakub Kornfeil berjaya menguasai kedudukan terbaik di tempat ke-6 dengan catatan masa 40:33.807s.


Keputusan penuh perlumbaan Moto3:

1. Miguel OliveiraRed Bull KTM Ajo 40' 33.277

2.Brad BinderRed Bull KTM Ajo+00.089

3.Jorge Navarro Estrella Galicia 0,0+00.273

4.Niccolò Antonelli Ongetta Rivacold+00.305

5.Romano Fenati SKY Racing Team VR46+00.416

6.Jakub Kornfeil Drive M7 SIC+00.530

7.Danny Kent Leopard Racing+00.590

8.Enea Bastianini Gresini Racing Team Moto3+04.004

9.Alexis Masbou Saxoprint RTG+06.990

10.John McPhee Saxoprint RTG+10.030

11.Jules Danilo Ongetta Rivacold+16.128

12.Jorge MartínMapfre Mahindra Aspar Team+18.995

13.Stefano ManziSan Carlo Team Italia+18.999

14.Isaac Viñales RBA Racing Team+19.129

15.Philipp ÖttlSchedl GP Racing+19.153

16.Lorenzo Dalla Porta Husqvarna Factory Laglisse+19.592

17.Francesco Bagnaia Mapfre Mahindra Aspar Team+32.053

18.María Herrera Husqvarna Factory Laglisse+32.882

19.Livio LoiRW Racing GP+32.924

20.Juanfran GuevaraMapfre Mahindra Aspar Team+33.307

21.Tatsuki Suzuki CIP+34.453

22.Remy Gardner CIP+55.705

23.Ana Carrasco RBA Racing Team+57.562

24.Andrea Migno SKY Racing Team VR46+01' 46.290

25.Gabriel Rodrigo RBA Racing Team+15.079

26.Manuel Pagliani San Carlo Team Italia (tidak tamatkan perlumbaan)

27.Karel Hanika Red Bull KTM Ajo+02.3

28.Zulfahmi Khairuddin Drive M7 SIC+01.0

29.Efrén VázquezLeopard Racing+00.5

30.Hiroki Ono Leopard Racing+01.0

31. Darryn Binder Outox Reset Drink Team (tidak tamatkan perlumbaan)


moto3, motogp, malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain