suria

Rossi Dikenakan Penalti Gara-Gara Tolak Marquez

Valentino Rossi. Foto Reuters
SEPANG: Gelaran juara dunia kembali menjadi rebutan selepas pelumba Repsol Honda, Dani Pedrosa mendominasi perlumbaan dengan penuh dramatik pada saingan akhir Grand Prix Malaysia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad.

Namun tarikan bukan trofi yang dijulang Pedrosa, sebaliknya insiden di antara pendahulu pelumba, Valentino Rossi (Movistar Yamaha) dan Marc Marquez dari Honda Repsol.

Rossi yang menamatkan saingan di tempat ketiga, di belakang Jorge Lorenzo bakal berdepan dengan saingan sukar di pusingan terakhir Grand Prix Valencia bermula 7 November ini apabila hanya kelebihan tujuh mata (312) ke atas rakan sepasukannya itu.

Lebih sukar, Rossi terpaksa memulakan saingan di Valencia di petak terakhir apabila didapai bersalah menyebabkan Marquez terbabas sekaligus terkeluar daripada saingan hari ini.

Ketika insiden tersebut, Rossi mendakwa bekas juara dunia itu ‘lebih suka (rakan senegara) Lorenzo’ menjuarai perlumbaan dan kedua-dua kelihatan ‘berperang’ di trek.

Insiden berlaku pada lap ke-4 apabila dilihat Rossi menolak Marquez dengan lutut apabila Marquez sengaja merapatkan jenteranya di sisi kiri pelumba berusia 36 tahun itu.

“Saya kehilangan banyak masa kerana berlawan dengan Marc dan cuba menjarakkan kedudukan, namun dia terbabas pada masa itu.

“Ia menyebabkan kami terpaksa bersaing dengan Jorge di Valencia nanti, dan tentunya sangat sukar,” jelas Rossi.



Kedudukan pelumba keseluruhan selepas Grand Prix Malaysia:

1.Valentino ROSSI Yamaha ITA 312 mata

2. Jorge LORENZO Yamaha SPA 305

3.Marc MARQUEZ Honda SPA 222

4.Dani PEDROSA Honda SPA 190

5. Andrea IANNONE Ducati ITA 188

6.Bradley SMITHcYamahac GBRc171

7. Andrea DOVIZIOSO Ducati ITA153

8.Cal CRUTCHLOW Honda GBR 118

9. Danilo PETRUCCI DucatiITA 107

10. Pol ESPARGARO Yamaha SPA103

11.Aleix ESPARGARO Suzuki SPA97

12. Maverick VIÑALES Suzuki SPA92

13. Scott REDDING Honda GBR83

14.Yonny HERNANDEZ Ducati COL 53

15.Hector BARBERA Ducati SPA 33

16. Alvaro BAUTISTA Aprilia SPA 29

17. Loris BAZ Yamaha Forward FRA 28

18.Stefan BRADL Aprilia GER 17

19. Jack MILLER Honda AUS 17

20. Nicky HAYDEN Honda USA 16

21. Eugene LAVERTY HondaIRL 9

22. Katsuyuki NAKASUGA Yamaha JPN 8

23. Michele PIRRO DucatiITA 8

24.Mike DI MEGLIO Ducati FRA 8

25.Hiroshi AOYAMA Honda JPN 5

26Takumi TAKAHASHI Honda JPN 4

27.Toni ELIAS Yamaha Forward SPA 2

28. Alex DE ANGEL ISAR TRSM 2


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain