WELLINGTON: Legenda Ragbi, Jonah Lomu yang dianggap sebagai bintang global pertama sukan itu menghidap penyakit buah pinggang dan meninggal dunia pada usia 40 tahun. Bagaimanapun menurut keluarganya, kematian Jonah amat tidak disangka. "Saya boleh mengesahkan bahawa Jonah Lomu meninggal dunia pagi ini... ia tidak dijangka. "Jonah dan keluarganya pulang dari UK malam tadi," kata jurucakap keluarga John Mayhew kepada TV3. Sementara itu Ketua Eksekutif NZR, Steve Tew melalui twitter menulis: "Kami semua terkejut dan sedih mengenai kematian tiba-tiba Jonah Lomu. AFP