JURULATIH Everton, Roberto Martinez mengakui pertahanan mudanya, John Stones tidak akan meninggalkan kelab itu pada jendela pemindahan Januari ini walaupun menjadi buruan Chelsea. Pertahanan England berusia 21 tahun itu pernah dibida Chelsea sebanyak tiga kali sehingga bernilai £35 juta pada awal musim lalu. Bagaimanapun Everton tetap berkeras untuk tidak melepaskan pemain berkenaan selagi bidaan tidak menepati sasarab kelab. "Saya tidak bimbang langsung, pemain terbaik kita tidak akan meninggalkan kelab pada Januari ini. "Kita tidak berada dalam masalah kewangan untuk menerima bidaan itu. Fokus kami adalah untuk menjadi lebih kuat dan konsisten. Stones merupakan pertahanan yang diminati Jose Mourinho bagi menggantikan John Terry. Jurulatih kelahrian Portugal itu juga menyifatkan kegagalan mendapatkan Stones sebagai punca barisan pertahanan Chelsea semakin lemah ketika ini.