suria

Klopp Beri Tempoh Lima Minggu Sebelum Singkirkan Pemain

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp memberi tempoh lima minggu kepada pemain kelab itu untuk membuktikan kemampuan masing-masing sebelum jendela pemindahan Januari dibuka.

Jika tidak, pemain yang gagal meningkatkan prestasi akan disingkirkan pada Januari ini dan digantikan dengan pemain baru.

Jurulatih kelahiran Jerman itu mendakwa cuba lebih terbuka dan memberi peluang kepada pemain namun mereka perlu berwaspada dan dan harus meningkatkan prestasi.

Klopp telah diberikan 'lesen' oleh kelab untuk membentuk imej Liverpool yang lebih baik selain usahanya dalam meningkatkan rentak permainan kelab berkenaan.

"Kami akan membuat pertukaran pemain pada Januari, tetapi belum membuat keputusan mengenai pemain yang akan disingkirkan.

"Pemain tahu perkara ini. Mereka perlu berusaha meningkatkan prestasi jika ingin selamat dan kekal di sini," jelas Klopp.

Liverpool

Artikel Sebelum

John Stones Tidak Akan Ke Chelsea

Artikel Berikut

Artikel Lain