suria

TMJ Kini Pemilik JDT

PETALING JAYA: Bermula musim ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara rasminya menjadi pemilik pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) .

Perkara itu dimaklumkan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Datuk Ismail Karim dalam kenyataan di laman Facebook, Johor Southern Tigers.

Menurut Ismail, baginda yang sebelum ini merupakan Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan meneruskan misi dan visi yang sama demi pembangunan bola sepak negeri itu.

"Kami menjunjung tinggi usaha Tunku Mahkota Johor dalam memartabatkan lagi sukan bola sepak khususnya melalui kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim," katanya. 

Sementara itu, menerusi kenyataan susulan dalam laman facebook tersebut, struktur JDT kini adalah sebagai kelab sepenuhnya, dan berasingan dengan PBNJ yang mengelolakan pembangunan bolasepak negeri secara keseluruhan.

"Sebagai pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor akan lebih terlibat secara langsung dalam proses membuat keputusan dan pengurusan kelab, berbanding Penaung DiRaja yang lebih kepada memberikan bimbingan dan nasihat," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, perkara tersebut turut diumumkan kepada semua penyokong pada pukul 10 pagi Ahad.

"Pastikan anda mengikuti perkembangannya di laman rasmi ini," demikian menurut kenyataan itu.


TMJ, JDT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rooney Wira United

Artikel Lain