suria

Mignolet Kekal Di Anfield Hingga 2021

Simon Mignolet.

LONDON: Penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet telah memperbaharui kontraknya yang menyaksikan dia kekal di Anfield sehingga 2021.

Mignolet yang akan mewakili skuad kebangsaan Belgium pada aksi Euro 2016 musim panas ini menyertai Liverpool pada 2013 dan melakukan 122 penampilan.

Prestasinya dikritik terutamanya selepas melakukan kesilapan ketika Liverpool terikat 2-2 dengan West Brom pada Disember lalu.

Namun pengurus Jurgen Klopp masih menaruh kepercayaan terhadap Mignolet dengan menganugerahkan kontrak baharu kepadanya.

"Saya amat berbangga kerana masih boleh berada di Anfield dan menjadi sebahagian daripada Liverpool untuk tempoh lama," kata penjaga gol berusia 27 tahun itu.

Klopp turut mempertahankan pemainnya itu musim ini selepas prestasi hambar Mignolet termasuk ketika terikat 3-3 dengan Arsenal minggu lalu.

"Saya mahukan penjaga gol yang membantu pasukan, seorang penjaga gol yang berani dan mencuba segala-galanya," kata Klopp.

Sementara itu, Mignolet menyifat kontrak baharunya sebagai peluang untuk memperbaiki prestasinya selain satu tanggungjawab yang berat.

"Usia saya semakin meningkat dan ramai berpendapat ada tahun di mana seorang penjaga gol berdepan kemuncak kariernya," kata Mignolet.


Simon Mignolet, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Lain