suria

Van Gaal Rancang Tinggalkan Red Devils Musim Panas Ini

Louis van Gaal.

PENGURUS Manchester United, Louis van Gaal merancang untuk meninggalkan Red Devils pada musim panas ini iaitu setahun lebih awal daripada tempoh tamat kontraknya.

Menurut sumber yang dekat dengan pengurus kelahiran Belanda itu, Van Gaal didakwa tertekan dengan tugasnya di Old Trafford selepas gagal mengembalikan prestasi pasukan ke tahap terbaik.

Pada Ahad lalu, United berjaya menundukkan seteru tradisinya, Liverpool 1-0 menerusi jaringan Wayne Rooney pada minit ke-78.

Namun ia masih belum cukup untuk menggembalikan keyakinan pihak pengurusan tertinggi United terhadap Van Gaal.

Kontrak Van Gaal dijangka berakhir pada tahun depan.

Jika Van Gaal meletak jawatan ini bermaksud bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho mungkin mendahului senarai yang akan menggantikan kerusi panas itu.

Terdahulu, pada kempen awal musim ini, Van Gaal seolah-olah memberi bayangan bahawa dia akan berundur dalam masa terdekat.

"Kebiasaannya saya akan meninggalkan kelab ini selepas tahun depan tetapi apa yang normal dalam bola sepak dunia? Anda tak akan tahu.

"Namun saya berjanji dengan isteri saya untuk pergi ke sebuah villa kami di Portugal, jadi sukar bagi saya untuk menolak permintaan itu," katanya.

Artikel Lain