suria

Skandal Atur Perlawanan: Murray Akui Ada Sesuatu Yang Tidak kena

PEMAIN tenis No.2 dunia, Andy Murray membuat siasatan berkaitan dengan skandal mengatur jadual perlawanan.


Murray mendedahkan isu ini menarik perhatiannya untuk menjalani siasatan sendiri bagi mencari sebarang kemungkinan jika namanya turut menjadi mangsa.

“Saya ada mendengar beberapa perlawanan terlibat dengan sesuatu yang tidak baik.

“Sebagai seorang pemain, perkara ini tidak patut berlaku. Dan kami akan nampak jika ada sesuatu yang tidak kena,” jelasnya yang menang pusingan pertama Terbuka Australia menewaskan pemain Jerman Alex Zverev, 6-1 6-1 6-3.

Bagaimanapun Murray mengakui dia tidak pernah menerima apa-apa tawaran berkaitan mengatur jadual perlawanan.

Malah pemain berusia 28 tahun dari Scotland ini mendakwa pelbagai jalan telah diambil bagi mengelakkan perkara ini berlaku.

“Saya mengetahui perkara perkara ini melalui laporan, namun tidak lebih dari itu.

“Ia sesuatu yang sukar untuk menerima hakikat bahawa ada yang terlibat. Mungkin pihak berkenaan boleh membut siasatan lebih ketat termasuk ujian doping dan sebagainya.

“Tidak ada acara sukan yang boleh lari daripada isu seperti ini. Dan ianya bukan sahaja masalah dalam bidang sukan, tetapi kepada semua golongan. Penipuan ada di mana-mana.

“Sebagai pemain, saya tidak berhak mejatuhkan hukuman kepada sesiapa. Ia terpulang kepada pihak berkuasa untuk melakukan sesuatu. Dan pastinya kami mahu perkara yang betul dilakukan," jelasnya.

Artikel Berikut

Artikel Lain