suria

De Bruyne Mungkin 'Berehat Panjang'

Kevin de Bruyne.

PEMAIN tengah Manchester City, Kevin de Bruyne berpotensi besar untuk berehat panjang selepas diusung keluar padang akibat kecederaan di bahagian lutut ketika membantu pasukan itu menewaskan Everton pada aksi separuh akhir Piala Liga, awal pagi Khamis.

De Bruyne diturunkan sebagai pemain gantian pada babak kedua dan menjaringkan gol penting untuk City pada perlawanan penentuan ke final itu.

Namun, pemain kelahiran Belgium itu bergelut dengan kecederaan lutut yang memaksa dia dikeluarkan pada minit ke-89.

"Agak sukar untuk kita kenal pasti. Dia bersama doktor ketika ini, ia mungkin kecederaan di ligamen tengah. 

"Kita akan maklumkan perkembangan terkini mengenai tahap kecederaannya. Namun ia bukan kecederaan ringan," kata Pengurus City, Manuel Pellegrini.

Kecederaan itu ternyata memberi impak kepada City mahupun negaranya dengan City masih berusaha merebut kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris manakala Belgium mara ke kejohanan Euro di Perancis tahun ini.


Piala Liga, Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain