suria

Kerber Matikan Langkah Konta Di Separuh Akhir

Angelique Kerber.

ANGELIQUE Kerber menamatkan usaha Johanna Konta untuk meneruskan rentak cemerlang pada Terbuka Australia selepas menang dengan 7-5 6-2 pada pusingan separuh akhir, petang Khamis.

Pemain dari Jerman itu hanya mengambil masa selama 82 minit untuk menempah slot ke final bertemu Serena Williams.

Malah Kerber menjadi pemain pertama Jerman melangkah ke final di Melbourne Park selepas Anke Huber pada 1996.

Konta pula merupakan pemain wanita pertama Britain beraksi sehingga ke separuh akhir Terbuka Australia dalam tempoh 39 tahun.

Dalam aksi separuh akhir terdahulu, pemain tenis No. 1 dunia, Serena menepati ramalan apabila mengesahkan tiket ke final kejohanan tersebut selepas menundukkan Agnieszka Radwanska 6-0, 6-4.

Kemenangan itu membolehkan Serena mara ke final kejohanan tersebut buat kali ketujuh.

Terbuka Australia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain