ANDY Murray melangkah ke pusingan separuh akhir Terbuka Australia buat kali keenam selepas menundukkan pemain pilihan kelapan, David Ferrer dalam aksi suku akhir, petang Rabu. Murray menang 6-3 6-7(7) 6-2 6-2. Pemain dari Britain itu menang mudah pada set ketiga dan terus mengekalkan rentak konsisten pada set terakhir. "Keadaan agak berangin pada permulaan permainan. Saya lebih sukar beraksi di tempat tertutup. Saya membesar di Scotland, cuaca agak berbeza di sini," katanya. Murray akan bertemu dengan Milos Raonic di separuh akhir. Raonic berjaya mengatasi Gael Monfils 6-3 3-6 6-3 6-4 pada aksi suku akhir berasingan. Sementara itu, adiknya, Jamie Murray turut melangkah ke separuh akhir bagi kategori beregu lelaki selepas dia dan pasangannya, Bruno Soares menewaskan Raven Klaasen dan Rajeev Ram pada aksi suku akhir. Ia adalah kali pertama kedua-dua beradik itu berentap bersama-sama pada aksi separuh akhir dalam kejohanan grand slam.