suria

Lorenzo Catat Masa Terpantas Hari Pertama Ujian Pramusim

Jorge Lorenzo
SEPANG: Juara MotoGP Dunia musim lepas, Jorge Lorenzo mencatat masa terpantas pada hari pertama sesi ujian rasmi pramusim di Litar Sepang, di sini Isnin.

Pelumba Sepanyol berusia 28 tahun itu mencatat dua minit 0.684 saat ketika di pusingan ke-32 daripada 37 pusingan yang dilakukan pada sesi berkenaan.

Aksi cemerlang Lorenzo yang mewakili Movistar Yamaha MotoGP itu turut diiringi rakan sepasukan, Valentino Rossi dan pelumba Repsol Honda Team, Dani Pedrosa yang masing-masing mencatat masa kedua dan ketiga terpantas.

Rossi berada 1.033 saat di belakang Lorenzo manakala Pedrosa mencatatkan 2:01.780s.
MotoGP, Ujian Pramusim, Jorge Lorenzo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain