ANTHONY Martial mahu menjadikan dirinya seperti dua legenda Manchester United iaitu Eric Cantona dan Patrice Evra. Penyerang muda kelahiran Perancis itu setakat ini berjaya menjaringkan 10 gol untuk United selepas berhijrah dari Monaco. Malah, namanya juga antara pemain yang disayangi penyokong berdasarkan persembahan konsisten dan banyak membantu menghidupkan jentera serangan. "Cantona adalah legenda sebenar United dari Perancis dan dia menjadi contoh untuk saya. Dia seorang pemain yang hebat. "Seorang lagi ialah Patrice Evra. Dia tinggal di satu kawasan yang sama dengan saya di Perancis. "Dia juga adalah seorang pemain yang sentiasa menceritakan perihal baik mengenai kelab ini kepada saya sebelum ini. "Dia memberitahu United adalah sebuah kelab juara, kelab yang sentiasa ingin menang dan sejak saya tiba di sini itulah yang dirasai dalam setiap perlawanan. "Saya harap tahun ini kami dapat memenangi sesuatu kejuaraan," jelasnya.