suria

Sunderland Pecat Adam Johnson

Johnson (kanan) meninggalkan mahkamah ditemani teman wanitanya, Stacey Flounders.

PEMAIN kebangsaan England, Adam Johnson dipecat oleh kelabnya, Sunderland selepas dia mengaku bersalah bersalah mencabul seorang kanak-kanak, kata kelab itu pada Khamis.

"Selepas mengambil kira pengakuan bersalah Adam Johnson, kelab ini pada Khamis menamatkan kontraknya berkuatkuasa serta-merta," kata Sunderland dalam satu kenyataan.

Namun, kelab itu tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Johnson mengaku bersalah terhadap tuduhan mencabul seorang kanak-kanak.

Bagaimanapun pemain sayap berusia 28 tahun itu tidak mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan lain ketika mahkamah bersidang di Bradford pada Rabu.

Ketika ditanya mengenai masa depan Johnson dalam sidang media terdahulu pada Khamis, Pengurus Sunderland, Sam Allardyce berkata:"Johnson tidak akan menyertai pasukan ketika perlawanan menentang Manchester United hujung minggu ini.

Kes Johnson dijangka mengambil masa selama dua minggu.

Terdahulu pada Khamis, Johnson turut kehilangan penajanya, Adidas yang membatalkan kontrak tajaan terhadap pemain tersebut.

Johnson memulakan karier bola sepaknya di Middlesbrough sebelum berhijrah ke Manchester City pada 2012.

Dia kemudiannya menyarung jersi Sunderland dengan nilai perpindahan sebanyak 10 juta pound (RM59.9 juta) pada musim panas 2012.

Adam Johnson, Sunderland, cabul

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain