TOTTENHAM Hotspurs sedia menjadikan Harry Kane sebagai pemain yang menerima gaji tertinggi dalam sejarah kelab itu. Pemain berusia 22 tahun itu dilapor akan menandatangani kontrak baharu yang akan menaikkan gajinya dari £50,000 seminggu kepada sekurang-kurangnya £80,000 seminggu. Penyerang England itu telah menandatangani lanjutan kontraknya selama lima tahun pada Februari lalu dan bakal menerima imbuhan selepas menjaringkan 31 gol pada musim ini. Kontrak baharu itu dilapor akan ditandatangani sebelum pemain prolifik berkenaan mewakili England dalam saingan Euro 2016. Dakwaan mengenai tawaran hebat daripada Tottenham itu dilapor tidak menjejaskan usaha Manchester United untuk mendapatkan penyerang berkenaan sejak musim lalu.