KAPTEN Real Madrid, Sergio Ramos mengaku tidak selesa berdepan dengan Atletico Madrid dalam aksi final Liga Juara-Juara 2015/16. Ini kerana Madrid menilai Altetico sebagai 'bermain terlalu bertahan' seperti mana kelab itu menentang Bayern Munich dalam perlawanan separuh akhir. “Menentang Atletico mungkin akan menjadi lebih tidak selesa. Ketika melawan Bayern, mereka memiliki pertahanan yang sangat baik,” kata Ramos, memetik Soccerway, Jumaat. Atletico layak ke final setelah berjaya menyingkirkan raksasa Bundesliga, Bayern Munich. Sementara itu, Madrid memastikan tiket ke final setelah menang ke atas Manchester City dengan agregat 1-0. Pertemuan Madrid dan Atletico ini adalah yang kedua sepanjang sejarah Liga Juara-Juara. Kedua-dua pasukan ini pernah bertemu di final Liga Juara-Juara musim 2013-2015 di mana Los Blancos dinobatkan sebagai juara dengan kemenangan 4-1.