ROBERTO Martinez dipecat sebagai pengurus pasukan Everton berkuatkuasa serta-merta, demikian menurut laporan agensi berita. Keputusan itu dibuat pengurusan skuad Toffees menerusi mesyuarat khas pada Khamis mengenai nasib jurulatih kelahiran Sepanyol berkenaan. Martinez berusia 42 tahun mengharungi kempen mengecewakan di Goodison Park, dengan pasukannya berada di tangga ke-11 dalam Liga Perdana Inggeris dan tersingkir di separuh akhir Piala FA selepas tewas di tangan Manchester United.