Penajanya, Adidas, yang mengikat kontrak bernilai 750 juta bersama kelab ini turut menampilkan rekaan terbaharunya itu di Twitter.
Jersi 'away' United musim depan terdiri daripada gabungan warna biru dan merah di garisan bahagian bahu.
Penjaga gol David De Gea nampak lebih menyerlah dengan model baharu ini apabila dia akan mengenakan jersi berwarna hijau muda.
Sementara itu, penyokong-penyokong di media sosial berkata tidak banyak perubahan dari segi rekaan jersi musim depan berbanding musim 2015/16.