suria

Perancis Umum Skuad Euro 2016

Didier Deschamps ketika mengumumkan senarai pemain yang akan bermain di saingan Euro 2016 Jun ini. -AFP
JURULATIH kebangsaan Perancis Didier Deschamps mengumumkan skuad yang akan turun untuk bermain di saingan Euro 2016 Jun ini.

Beberapa nama hebat terdapat dalam senarai yang dikeluarkan termasuklah pemain handalannya Paul Pogba.

Bagaimanapun tidak banyak kejutan daripada 23 senarai nama akhir yang diumumkan Deschamps.

Nama Karim Benzema dan Mathieu Valbuena tidak tersenarai kerana kes berkaitan video seks yang masih belum selesai.

Nama-nama yang dijangka seperti Pogba, Olivier Giroud, Antoine Griezmann, Hugo Lloris, Patrice Evra, Laurent Koscielny, Yohan Cabaye, Blaise Matuidi dan Lass Diarra termasuk dalam senarai tersebut.

N'Golo Kante dan Dimitri Payet yang tampil cemerlang di Liga Perdana Inggeris musim ini turut diberi peluang. Kante bermain untuk juara liga Leicester City, sementara Payet menjadi pemain handalan West Ham United.

Di bahagian serangan, Andre Pierre Gignac yang bermain di Liga Mexico bersama kelab Tigres telah dipanggil, menyingkirkan Hatem Ben Arfa (Nice) dan Alexandre Lacazette (Lyon) yang bermain untuk Liga Perancis.


Anthony Martial dengan rekod cemerlangnya dalam musim pertama bersama Manchester United turut dipanggil. Namun, rakan sepasukannya Morgan Schneiderlin hanya tersenarai di bangku simpanan. Begitu juga Kingsley Coman yang pada musim ini menunjukkan prestasi yang baik bersama Bayern Munich.

Perancis berada di Kumpulan A bersama Albania, Switzerland dan Romania. Selaku tuan rumah, mereka akan berdepan Romania di perlawanan pembukaan pada 10 Jun akan datang.


Hugo Lloris (Tottenham), Steve Mandanda (Marseille), Benoit Costil (Rennes) disenaraikan sebagai penjaga gol.

Artikel Lain