suria

'Smash' Chong Wei Diiktiraf 'Paling Kencang'

Datuk Lee Chong Wei
KUALA LUMPUR: Pukulan 'smash' Datuk Lee Chong Wei dengan kekuatan 408km/sejam di Terbuka Hong Kong tahun lepas telah diiktiraf sebagai smash yang paling kencang dalam sukan badminton sejak September.

Kelajuan itu hampir menyamai kelajuan tertinggi yang dicatatkan oleh pengeluaran kereta terpantas di dunia.

Pada masa ini, 'smash' Chong Wei yang menduduki ranking pemain nombor 2 dunia masih mendahului senarai, menurut data yang dibekalkan oleh Hawk-Eye Innovations, yang menyediakan perkhidmatan semakan-segera di kejohanan utama.

Pemain Denmark, Jan O Jorgensen berada di belakang Chong Wei dengan 'smash' berkelajuan 407km/sejam di separuh akhir Terbuka Malaysia tahun ini.

Pemain Thailand, Ratchanok Intanon yang berada di kedudukan kedua dalam badminton wanita, berada tidak terlalu jauh di belakang dan mencatat 372km/sejam di separuh akhir kejohanan yang sama di Malaysia.

Juara dunia lima kali, Lin Dan dari China mencatatkan smash 401km/sejam ketika mencatat kemenangan dalam Terbuka Jepun 2015.

Artikel Sebelum

Artikel Lain