suria

Karier Tenis Digantung, Sharapova Jual Coklat 'Sugarpova'

PEMINAT-peminat tenis dunia mungkin akan merindui aksi bekas pemain No.1 dunia, Maria Sharapova gara-gara digantung tahun ini kerana gagal ujian doping pada Terbuka Australia Januari lalu.

Lebih-lebih lagi kini berlangsung kejohanan tumpuan dunia, Terbuka Perancis di gelanggang tanah liat di Roland Garros.

Namun tempoh Sharapova yang positif penggunaan meldonium menggunakan masa penggantungannya itu dengan melancarkan produk makanannya sendiri berasaskan coklat yang dikenali  'Sugarpova Chocolate' di Chicago pada Selasa lalu.




Sharapova yang kelihatan gembira ketika majlis pelancaran tersebut.

Sebelum ini dilaporkan juara Grand Slam lima kali ini belum pasti akan kembali ke gelanggang atau tidak selepas penggantungganya berakhir.

Kesan daripada hukuman penggantunggan ini, kontrak Sharapova bersama beberapa syarikat gergasi dunia ditarik termasuk Nike dan Porsche.

Maria Sharapova, Sugarpova

Artikel Lain