PILIHAN keempat kejohanan Terbuka Perancis, Rafael Nadal bakal berdepan dengan pemain Argentina Facundo Bagnis dalam aksi pusingan kedua, petang Khamis. Dijangka perlawanan sengit kedua-kedua pemain ini walaupun bintang Sepanyol itu menjadi pilihan untuk mara ke pusingan seterusnya. Bagaimana pun, aksi Bagnis tidak boleh dipandang mudah apabila mencatat rekod baik sebelum ini dengan memenangi tujuh daripada sepuluh perlawanan. Sementara itu turut menjadi tumpuan adalah Serena Williams yang bakal bertemu dengan Teliana Pereira dari Brazil di gelanggang Suzzanne -Lenglen petang ini. Aksi juga tertumpu kepada pemain No.1 dunia, Djokovic yang bakal berdepan dengan pemain Belgium, Steve Darcis. Semua perlawanan pada Khamis bermula pukul 5 petang waktu tempatan. Jadual perlawanan perseorangan lelaki (pusingan kedua), Khamis: Novak Djokovic Steve Darcis Aljaž Bedene Pablo Carreño Bernard Tomic Borna Coric Paul-Henri Mathieu Roberto Bautista David Ferrer Juan Mónaco Víctor Estrella Feliciano López Pablo Cuevas Quentin Halys Malek Jaziri Tomáš Berdych Rafael Nadal Facundo Bagnis Nicolas Mahut Marcel Granollers Stéphane Robert Alexander Zverev Guillermo García-López Dominic Thiem David Goffin Carlos Berlocq Jirí Veselý Nicolás Almagro João Sousa Ernests Gulbis Marcos Baghdatis Jo-Wilfried Tsonga