SERENA Williams melangkah ke final Terbuka Perancis buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun selepas menundukkan Kiki Bertens 7-6(7) 6-4 pada aksi separuh akhir, petang Jumaat. Juara bertahan itu bagaimanapun terpaksa bekerja keras sebelum bangkit melakar kejayaan. Pemain berusia 34 tahun itu akan bertemu Garbine Muguruza pada aksi final Sabtu ini. Serena dalam usaha memburu 22 kejohanan Grand Slam untuk menyamai rekod Steffi Graf di Paris pada 1999. Muguruza pula berjaya menewaskan pemain Australia, Samantha Stosur 6-2, 6-4 pada aksi separuh akhir berasingan. Set pertama agak mudah tetapi dia (Bertens) bermain dengan begitu baik. "Saya perlu kekal tenang bagi menghadapi aksi final dan berharap penyokong terus memberi sokongan kepada saya," katanya.