LOUIS van Gaal boleh menjadikan Old Trafford sebagai kenangan, tetapi dia tetap kembali ke Manchester untuk menikmati hidangan terakhir di restoran kegemarannya, malam Sabtu. Lelaki dari Belanda ini, yang telah digantikan dengan Jose Mourinho awal musim ini, telah membawa isterinya untuk makan di restoran makanan Cina, Wing's. Dia kembali ke bandar ini untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakannya selepas dua tahun bertanggungjawab menguruskan Manchester United. Van Gaal telah menjalinkan hubungan erat dengan pemilik restoran, Mr Wing dan tiba dengan kereta Bentley miliknya yang berharga £300,000 untuk makan selama empat jam sebelum meninggalkan restoran pada tengah malam. Van Gaal, yang dikatakan bakal menguruskan pasukan Belgium berikutan pemecatan Marc Wilmots telah beberapa kali makan di Wing's semasa menerajui United di Old Trafford. Kapten United kapten Wayne Rooney dan bekas pengurus City, Manuel Pellegrini juga adalah antara pengunjung restoran itu. Restoran Wing's, seperti yang dinyatakan di laman web mereka adalah tempat yang menawarkan 'masakan Kantonis terbaik dan pelbagai jenis wain dari seluruh dunia dalam persekitaran yang mewah dan selesa. Van Gaal dilihat berada di Manchester beberapa jam selepas United mencatat kemenangan selesa 2-0 dalam perlawanan pra-musim menentang Wigan.