suria

Manchester United Perkenal Jersi Ketiga Terbaharu

MANCHESTER United memperkenalkan kit ketiga terbaharu yang menyaksikan skuad Jose Mourinho itu bakal menyarung jersi berwarna putih menjelang musim Liga Perdana Inggeris yang bakal membuka tirainya tidak lama lagi.

Tahun lalu, United telah melancarkan jersi tuan rumah (home) berwarna merah, manakala warna biru pula dipakai di tempat lawan (away) dan warna hitam sebagai kit pilihan ketiga pasukan.

Namun tahun ini, penaja utama pakaian sukan terkenal dunia, Adidas menyediakan jersi putih dengan rekaan terbaharu yang kelihatan lebih 'simple', diselitkan dengan warna hitam di bahagian leher, hujung lengan jersi serta tiga garisan di tepi jersi yang menjadi simbol utama kepada jenama tersebut.


Manchester United, Kit ketiga

Artikel Sebelum

Artikel Lain