RIO DE JANEIRO: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meluahkan rasa sedikit tertekan untuk membawa pulang pingat emas di Olimpik Rio. Sebelum ini, Chong Wei tewas dalam dua perlawanan akhir Olimpik menentang Lin Dan dari China dan beliau sedar perlawanan di Rio merupakan harapan terakhirnya untuk bergelar juara. "Saya rasa lebih banyak tekanan kerana empat tahun akan datang saya tidak lagi mampu beraksi, jadi ini adalah peluang terakhir saya," kata Chong Wei. Lee, yang tidak pernah memenangi gelaran Olimpik berjuang semula hingga berada di kedudukan tangga teratas selepas kembali daripada penggantungan isu doping tahun lalu. Beliau akan bertemu Lin Dan di peringkat separuh akhir di Rio bersama pemain nombor dua dunia dari China, Chen Long. Bagaimanapun Chong Wei mempunyai banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di Rio kerana perlawanan badminton Olimpik bermula hanya akan bermula pada 11 Ogos. -AFP