suria

Kelly, Michelle Pamer Pukulan Hambar

Kelly Tan.

RIO DE JANEIRO: Pemain golf wanita negara gagal meninggalkan kenangan manis pada temasya Sukan Olimpik Rio selepas menduduki tangga ke bawah pada pusingan akhir di Padang Golf Olimpik di sini Sabtu.

Memburukkan lagi keadaan, Michelle hanya mencatatkan 11 atas par, kutipan mata paling buruk antara 60 peserta pada pusingan akhir itu.

Beliau mencatat 82 pukulan dengan enam bogey dan tiga double bogey untuk menduduki tangga kedua terakhir iaitu dengan catatan keseluruhan 306 pukulan dalam empat pusingan, hanya dua pukulan mendahului pemain tercorot, Maha Haddioui dari Morocco.

Michelle, pemain profesional berusia 26 tahun itu hanya menyamai par di pusingan kedua manakala melakukan 79 pada hari pertama, 71 pada hari kedua, 76 hari ketiga dan 82 hari terakhir.

Sementara itu, Kelly Tan, 23, mengakhiri temasya Olimpik dengan menduduki tangga ke-51 yang memperoleh 297 pukulan dalam empat pusingan yang mencatat dua atas par 73 pada pusingan terakhir itu.

Pemain Korea Selatan Park Inbee memenangi pingat emas dengan catatan 268 pukulan selepas membuat lima bawah par 66 pada pusingan terakhir itu manakala Lydia Ko dari New Zealand meraih perak dengan 273 pukulan dan pemain China, Feng Shanshan mendapat gangsa yang memperoleh 274 pukulan. - BERNAMA

golf, Sukan Olimpik 2016

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Farah Ungguli Acara 5,000m

Artikel Lain