suria

Wenger Mahu Wilshere Pindah

ARSENAL merancang untuk melepaskan Jack Wilshere secara pinjaman bagi meningkatkan kembali tahap kecergasannya.

Wilshere hanya bermain selama 37 minit dalam dua perlawanan kompetitif musim ini sebagai pemain gantian selepas hampir semusim dia terpaksa berehat kerana kakinya patah.

Berikutan situasi itu, pengurus The Gunners, Arsene Wenger mencadangkan agar pemain tengah itu beraksi di kelab lain agar sentuhannya tidak hilang.



Ternyata cadangan itu mengejutkan Wiilshere selepas 24 jam mendapat berita gembira dipanggil menyertai skuad utama England di bawah pengurusan Sam Allardyce.

Dilaporkan juga Arsenal memberi kebenaran kepada pemain itu berhijrah secara sementara sebelum jendela perpindahan pemain berakhir pada Rabu.

Peluang untuk pemain berusia 24 tahun itu berada dalam sebelas senarai utama agak terhad apabila Santi Cazorla, Granit Xhaka, Aaron Ramsey, Francis Coquelin dan Mohamed Elneny mampu menguasai posisi yang dipegang Wilshere itu.

Wenger percaya Wilshere mempunyai peranan di Emirates untuk jangka panjang, tetapi dia akan lebih penting jika sentiasa dapat beraksi.

Cadangan Wenger itu akan menjadi perhatian kepada kelab-kelab di Liga Perdana serta kelab dunia yang lain untuk mendapatkan Wilshere.Pun begitu Wenger tidak bersetuju pemain itu berpindah ke empat kelab teratas liga.

Sebelum ini, Valencia cuba mendapatkan Wilshere pada Januari lalu, tetapi  tidak berlaku berikutan pemecatan Gary Neville sebagai jurulatih kelab itu.

Jack Wilshere, Arsenal, Arsene Wenger

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia