PEMAIN No. 1 dunia, Novak Djokovic mencatat kemenangan pertamanya pada perlawanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan pemain Poland, Jerzy Janawicz 6-3, 5-7, 6-2, 6-1 pada aksi petang Selasa (waktu tempatan).
Kemenangan Djokovic pada pusingan awal bukanlah sesuatu yang mengejutkan, tetapi jaguh tenis dari Serbia itu gagal mempamerkan aksi mantap seperti sebelum ini.
Pada perlawanan tersebut, Djokovic menang set pertama 6-3 namun tewas 5-7 pada set kedua sekaligus dia terpaksa mengheret perlawanan kepada empat set.
Keputusan tewas pada set kedua itu merupakan rekod pertama Djokovic bagi aksi pusingan pertama Grand Slam sejak tahun 2010.
Persembahan kurang mantap itu berpunca daripada 'isu peribadi' yang dilaluinya dan dalam masa yang sama berdepan dengan kecederaan di pergelangan tangan kirinya sejak tahun lalu.
"Secara jujurnya, saya mengambil satu persatu dan itulah perasaan saya setakat ini dan gembira kerana dapat menamatkan perlawanan ini.
"Saya berpuas hati dengan corak permainan yang semakin baik. Esok adalah hari baru dan saya berharap semuanya berjalan lancar serta dapat mempamerkan prestasi yang lebih baik," jelasnya.
Djokovic bakal bertemu pemain di ranking ke-49 dunia dari Republik Czech, Jiri Vesely pada pusingan kedua nanti.
Keputusan pusingan pertama Terbuka AS (Lelaki):

















