ARSENAL berjaya mengikat Lucas Perez dari Deportivo La Coruna. Perez berhijrah ke Stadium Emirates dengan bidaan dianggarkan sebanyak 17.1 juta pound (RM91 juta). Pemain berusia 27 tahun itu menjaringkan 19 gol pada musim lalu termasuk 17 dalam aksi La Liga. Dia turut menjaringkan gol untuk Deportivo pada aksi pembukaan ketika menentang Eibar. "Dia bukan sahaja penjaring gol, dia juga kombinasi sempurna untuk gandingannya, di mana dia boleh berlari dengan baik. Dia turut mempamerkan aksi cemerlang pada musim lalu," kata Pengurus Arsenal, Arsenal Wenger. Wenger turut dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Valencia, Shkodran Mustafi dengan bidaan sebanyak 35 juta pound (RM186 juta).