suria

Rooney Bersara Wakili England Selepas Piala Dunia 2018

Wayne Rooney.

KAPTEN England Wayne Rooney mendedahkan dia akan bersara daripada perlawanan antarabangsa selepas aksi Piala Dunia 2018 di Rusia.

Penyerang Manchester United itu yang dilantik semula sebagai kapten skuad The Three Lions oleh pengurus baharu Sam Allardyce percaya tempoh tersebut merupakan waktu yang sesuai untuk dia bersara dari pentas antarabangsa.

Rooney membuat pengumuman itu pada sidang media menjelang pertemuan menentang Slovakia pada aksi kelayakan Piala Dunia, Ahad ini.

"Saya rasakan waktu itu merupakan masa yang tepat untuk saya ucapkan selamat tinggal kepada bola sepak antarabangsa.

"Jelas sekali ia terpulang kepada Sam tetapi jika karier saya bersama England bakal berakhir, ia akan berlaku semasa karier saya berada di puncak.

"Saya mula mewakili England pada usia 17 tahun, jadi pada (usia) 32 tahun, dalam tempoh dua tahun lagi, saya bermain di peringkat itu selama 15 tahun dan saya rasakan tempoh itu adalah masa terbaik untuk bersara," katanya.

Wayne Rooney, England

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Perez Sarung Jersi Arsenal

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia