PRESTASI pasukan Manchester United dilihat hidup semula tanpa Wayne Rooney hingga berjaya menewaskan Leicester City 4-1 dalam Liga Perdana Inggeris yang berlangsung pada Sabtu. Berita besar menjelang sepak mula adalah keputusan Jose Mourinho untuk meninggalkan Rooney di bangku simpanan sebaliknya membariskan barisan pemain bertenaga seperti Marcus Rashford, Ander Herrera dan Juan Mata. Keputusan itu nyata tepat apabila United mempamerkan aksi menarik di babak pertama. Empat gol United dijaringkan Chris Smalling, Mata, Rashford dan Paul Pogba. Sementara gol Leicester adalah hasil sepakan Demarai Gray.