suria

Perbincangan Kontrak Baharu Tidak Penting - Vettel

SEBASTIAN Vettel mengakui perbincangan penyambungan kontrak baharu tidak begitu penting, sebaliknya  persediaan musim depan lebih menjadi keutamaan buat pelumba Ferrari ini.

Kontrak tiga tahun Vettel akan berakhir penghujung musim depan biarpun prinsipal Maurizio Arrivabene memberi ingatan bahawa dia perlu 'menghasilkan' sesuatu untuk mengekalkan posisinya menjelang 2017.

Pun begitu, Vettel berkata:" Kami semua sibuk dengan tugas masing-masing buat masa sekarang dan hanya memberi fokus kepada empat baki perlumbaan serta persediaan untuk musim depan.

"Itu sahaja fokus kami sekarang. Bagi saya tidak perlu terlalu memikirkan perkara kontrak itu. 

"Semuanya akan lancar tahun hadapan," jelasnya.

Ferrari kini terus memberi fokus kepada pembangunan jenteranya biarpun musim ini mereka tewas sebagai pengeluar kepada Mercedes AMG.

Ferrari mengumpul 335 mata untuk kedudukan ketiga keseluruhan pengeluar selepas Red Bull (385) dan 593 pasukan Mercedes.

Sebastian Vettel, Ferrari

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain