suria

MB Layak Teraju Kafa - Annuar Musa

Datuk Ahmad Yakob

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob adalah layak untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), kata bekas presidennya Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata menjadi kebiasaan di negeri lain, tugas presiden persatuan bola sepak digalas oleh menteri besar atau ketua menteri.

"Maka di Kelantan patut begitu juga. Ini kerana kerajaan negeri lebih mudah cari kewangan dan dana (untuk persatuan).

"Selain itu ia akan memudahkan urusan pembangunan serta pentadbiran bola sepak negeri," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Annuar melepaskan jawatan Presiden KAFA pada 9 November lalu selepas menyandangnya sejak 2008.

Di bawah pentadbirannya, pasukan Kelantan pernah meraih kejuaraan Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain