suria

Gonzalo Higuain Terima Ancaman Bunuh

Gonzalo Higuain. -fotoREUTERS
PEMAIN Argentina, Gonzalo Higuain, berada dalam pengawasan 24 jam selepas diugut bunuh.

"Higuain bimbangkan kehidupannya," lapor media tempatan, Novella 2000.


Menurut media tersebut, Higuain berada dalam pengawasan 24 jam sejak dua minggu lalu.

Higuain juga dikawal ketat oleh anggota DIGOS (Division of General Investigations and Special).

Penyerang Juventus itu menerima ancaman pembunuhan daripada orang tidak dikenali, dipercayai berkaitan prestasi buruknya dalam skuad Argentina.

Higuain hanya mampu menyumbang satu gol dari empat penampilan terakhirnya di kelayakan Piala Dunia 2018.

Setakat ini Higuain telah meledakkan sembilan gol dari 17 penampilan di semua perlawanan. 

Buat sementara waktu, dia menjadi penyumbang gol terbanyak Juventus.

Sementara itu, Juventus pula menafikan laporan Higuain telah diugut bunuh, dengan pemain berusia 28 tahun itu belum membuat sebarang kenyataan mengenai perkara ini.

Higuain kini sedang cedera tetapi dilaporkan akan memperkuatkan pasukannya untuk menentang Genoa hujung minggu ini.
Gonzalo Higuain, ugut bunuh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain