suria

Annuar Mahu Pihak Berkemampuan Pimpin Kafa

KOTA BHARU: Tan Sri Annuar Musa mahu individu yang berkemampuan menggalas jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang dikosongkannya bagi membolehkan The Red Warriors  terus bersaing dalam LigaMalaysia musim depan. 

Beliau berkata usaha itu perlu digerakkan secepat mungkin agar Kafa tidak terumbang-ambing mencari penaja yang mungkin membantutkan usaha Kelantan terus kekal bersaing pada tahun depan. 

"Jika keadaan Kafa terus begini, ia akan menghampakan peminat sejak The Red Warriors mula mengukir nama hampir 10 tahun lepas.


  

"Pada masa sama, saya berharap pihak lain turut sama mencari penaja atau peruntukan bagi membolehkan Kelantan terus bermain," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan kelab penyokong The Red Warriors di Kubang Kerian di sini, Isnin.

Beliau beranggapan ura-ura Kafa mahu menarik diri dalam saingan musim depan bukan kerana pasukan itu tidak mempunyai pemain berbakat tetapi kekurangan dana untuk terus beraksi dalam arena bola sepak negara.

"Perbelanjaan Kafa adalah sebanyak RM15 juta semusim dan KAFA tidak mendapat bantuan daripada kerajaan negeri serta bergantung sepenuhnya kepada penajaan semata-mata.

"Namun kos berkenaan dikira masih rendah berbanding pasukan lain yang melabur dengan jumlah yang lebih tinggi," katanya.-Bernama

Kafa, Annuar Musa, Liga Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain