suria

Pemain Jaring 30 Gol Dalam 41 Perlawanan Sedia Sarung Jersi Kedah

Ken Illso Larsen

"SAYA tidak datang ke Kedah hanya untuk mencuba nasib tetapi saya mahu bersama skuad ini dan membantu mereka mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia musim ini serta memenangi piala lain," tegas Ken Illso Larsen ketika ditemui mStar Online di Alor Setar pada Isnin malam.

Illso Larsen yang merupakan penyerang kelahiran Denmark dan bekas pemain Home United, Singapura akan berada di Alor Setar untuk tempoh ujian bersama pemain import lain.

Ketika beraksi di Liga Singapura, pemain berusia 30 berjaya menjaringkan 30 gol dalam 41 penampilan.

Menurut Illso Larsen, dia telah dihubungi oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sejak Jun lalu dan namun masih mempunyai kontrak dan tidak dapat untuk berhijrah ke pasukan lain.

"Selepas semuanya selesai di Singapura, barulah saya dapat ke Malaysia untuk bersama Kedah. Saya akan gunakan segala pengalaman yang ada untuk membantu pasukan ini.

"Sebelum ini, saya pernah beraksi bersama dua kelab Jerman iaitu Fortuna Dusseldorf dari 2011 sehingga 2013 dan Vfl Bochum sehingga akhir 2015. Tahun ini saya mewakili Home United di Singpura.

"Beraksi di Singpaura tidak mengecewakan tetapi penonton yang datang menyaksikan perlawanan tidak ramai. Tetapi apabila saya menonton perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini, saya terkejut melihat penyokong Kedah. Itu antara sebab saya ke sini.

"Saya juga telah kenal pasti kemampuan Kedah menerusi rakan sepasukan di Singapura dan ketika beraksi pada perlawanan tahunan antara Singapura dan Selangor di Shah Alam tahun ini.

"Saya diberitahu penyokonag setia Kedah adalah peminat tegar dan tidak pernah jemu memberi sokongan demi kejayaan pasukan mereka tidak kira di tempat sediri ataupun lawan. Saya teruja dengan keadaan ini dan saya ingin bersama mereka untuk tahun depan," jelasnya.

Illso Larsen memberitahu, dia mendapat tahu lebih lanjut mengenai skuad hijau kuning selepas berbual menerusi panggilan telefon dengan Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe.

Katanya, dalam perbualan tersebut, dia telah diberitahu mengenai kelebihan Kedah yang mempunyai barisan pemain muda yang berjaya membuktikan kemapuan mereka bersama pemain senior.

"Saya yakin, beraksi bersama Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva serta pemain tempatan yang begitu berkaliber mampu menjelmakan yang terbaik demi kejayaan pasukan Kedah musim depan. Pengalaman saya beraksi di Jerman, Denmark dan Singapura sudah pasti mampu membantu.

"Saya juga akan mendapat pengalaman baru jika dapat beraksi di sini kerana mereka berstatus juara salah satu piala musim lalu.

"Kedatangan saya bukan sekadar untuk menjadi penyerang, tetapi mahu mencatat nama sebagai salah seorang penjaring gol," ujarnya.

Bercerita mengenai dirinya, Illso Larsen berkata, dia adalah anak kedua daripada tiga beradik manakala abangnya berkerja sebagai peguam dan adiknya seorang pelakon.

Kedua ibu bapanya kini tinggal Solrod Straand, Denmark yang merupakan tempat kelahirannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain