suria

Ronaldo Tolak Tawaran 300 Juta Euro Ke China

MADRID: Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo menolak peluang untuk meninggalkan Real Madrid untuk bersama kelab dari China dengan bayaran perpindahan sebanyak 300 juta Euro, demikian menurut ejennya.

Bercakap kepada Sky Italia di Anugerah Globe Soccer di Dubai, Jorge Mendes berkata perjanjian itu akan bernilai 100 juta Euro setahun untuk penyerang Portugal itu.

"Dari pihak China mereka telah menawarkan 300 juta Euro untuk Real Madrid dan lebih daripada 100 juta Euro setahun kepada pemain," Mendes dipetik sebagai berkata.

"Namun wang bukan segala-galanya. Real Madrid adalah hidupnya. Cristiano gembira di Real Madrid dan adalah mustahil untuk beliau pergi ke China.

"China adalah pasaran yang baru. Mereka boleh membeli banyak pemain tetapi sekali adalah mustahil untuk mendapatkan Ronaldo."

Real madris, Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Wira Paralimpik Ceriakan 2016

Artikel Berikut

Artikel Lain