suria

Jawatan Sukan: Menteri Perlu Dapat Persetujuan Jemaah Menteri

KUALA LUMPUR: Anggota Kabinet dilarang memegang sebarang jawatan dalam persatuan sukan melainkan mendapat persetujuan jemaah menteri, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. 

Khairy bagaimanapun tidak menyatakan pendiriannya, ketika diminta mengulas saranan kolumnis akhbar Mingguan Malaysia, Awang Selamat agar beliau mengambil alih tampuk kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 

"Jika ada menteri yang mahu pegang jawatan persatuan sukan, terutamanya persatuan sukan kebangsaan, dia mestilah mendapat kebenaran daripada Perdana Menteri atau jemaah menteri sebelum bertanding untuk apa jua jawatan dalam persatuan sukan," katanya. 

Kongres Pemilihan FAM ke-53 bagi memilih barisan kepemimpinan FAM untuk penggal 2017-2021 dijadual diadakan 25 Mac ini.  Awang dalam akhbar Mingguan Malaysia pada Ahad melihat kedudukan Khairy, selain keprihatinannya terhadap sukan bola sepak akan banyak membantu FAM.

"Malah Perdana Menteri (Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak Hussein) pernah menjadi Presiden FAM.  

"Kedudukan Khairy akan banyak membantu selain keprihatinannya kepada isu bola sepak sebelum menjadi menteri lagi dan pernah menjadi naib presiden FAM." kata Awang. -Bernama

Khairy Jamaluddin, FAM

Artikel Sebelum

Everton Benam Man City 4-0

Artikel Berikut

Artikel Lain