PEMAIN No.1 dunia, Andy Murray melangkah ke pusingan kedua Terbuka Australia selepas menang straight set ke atas Illya Marcheko di Rod Laver Arena, petang Isnin. Murray menang dengan 7-5 7-6 (7/5) 6-2. Pemain Britain itu akan berdepan Andrey Rublev dari Rusia pada pusingan kedua selepas menewaskan Yen-Hsun Lu. Dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama, pemain No.4 Britain, Aljaz Bedene tersingkir awal selepas tewas 7-6 (9-7) 7-5 0-6 6-3 kepada Victor Estrella Burgos. Burgos mengambil masa selama tiga jam dan sembilan minit untuk menamatkan perlawanan itu.