suria

Saya Sedia Beri Aksi Terbaik - Hazwan Bakri

PETALING JAYA: Pemain baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Ahmad Hazwan Bakri sedia memberikan aksi terbaik buat kelabnya jika diturunkan menentang kelab Jepun, Gamba Osaka pada aksi kelayakan pusingan play-off Liga Juara-Juara AFC, awal pagi Selasa.

Pemain berusia 25 tahun itu menyertai JDT pada awal musim ini selepas bersama Selangor FA sejak 2014 sehingga musim lepas.

Hazwan masih belum membuat penampilan sulung dalam perlawanan kompetitif bersama JDT tetapi sepanjang beraksi bersama Selangor, penyerang kelahiran Sabah itu telah menjaringkan 36 gol dalam 68 perlawanan.

"Saya amat gembira diberi peluang namun berdebar-debar menunggu perlawanan menentang Gamba Osaka nanti.

"Walaubagaimanapun, apa jua halangan dan cabaran perlu dihadapi. Para pemain telah pun bersedia dari segenap aspek menerusi latihan yang telah dilakukan.

"Sekiranya saya diturunkan untuk bermain, saya pasti akan memberikan aksi yang terbaik," kata Hazwan menerusi kenyataan dalam laman Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers.

Sebagai rekod, Hazwan memulakan karier bersama Kuala Lumpur FA dan menjadi pemain negara paling muda menjaringkan hatrik ketika menyarung jersi Malaysia.

Hazwan Bakri, JDT, Gamba Osaka, AFC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain