suria

All England: Beregu Campuran Tewas Di Pentas Akhir

Chan Peng Soon (kiri) dan Goh Liu Ying kandas di pentas akhir All England pada Ahad.

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying tewas kepada pasangan China pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton All England di Barclaycard Arena, Birmingham pada Ahad.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu menewaskan Lu Kai-Huang Yaqiong 21-18 pada set pertama sebelum kalah pada dua set seterusnya, 19-21 dan 16-21 dalam pertarungan selama sejam 26 minit yang disiarkan secara langsung oleh Astro Supersport malam ini.

Liu Ying yang baharu sembuh daripada kecederaan lutut tetap memberikan aksi membanggakan walaupun terpaksa akur dengan ketangkasan lawan pada set terakhir pada final itu.

Untuk rekod pertemuan, Peng Soon dan Liu Ying masih belum dapat mengatasi lawan mereka itu bermula di Terbuka Korea dan Terbuka Perancis pada 2015 dan Terbuka Australia tahun lepas.

Sebelum ini, Peng Soon dan Liu Ying sekadar menamatkan cabaran mereka di pusingan separuh akhir All England pada 2012 ketika tewas kepada pasangan Tontowi Ahmad/Lilyana Natsir dari Indonesia pada 2012. 

All England, Beregu campuran, final, tewas

Artikel Lain