suria

Bekas Juara Dunia F1 Surtees Meninggal Dunia

BEKAS juara dunia Formula Satu (F1) 1964, John Surtess meninggal dunia pada usia 83 tahun, Jumaat lalu.

Surtees bergelar juara dunia bersama Ferrari selepas memenangi gelaran motosikal dunia 500cc di antara tahun 1956 dan 1960.

Malah dia juga turut bergelar jaguh 350cc selama tiga kali.

Menurut kenyataan daripada keluarga Surtees, dia dimasukkan ke hospital di London sejak bukan lalu kerana masalah pernafasan.

"John merupakan seorang suami, bapa, abang dan kawan yang penyayang.

"Dia juga merupakan seorang yang berdedikasi dalam dunia sukan permotoran malah terlibat dengan The Henry Surtees Foundation dan Buckmore Kart Circuit.

"Kami amat merasai kehilangannya".

John Surtees, F1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain