suria

Perjuangan AS Roma Berakhir, Tiada Wakil Itali Di Liga Europa

Pemain pasukan Lyon meraikan kemenangan mereka selepas berjaya menyingkirkan AS Roma dalam saingan Liga Europa. -fotoREUTERS
AS Roma terpaksa menelan kepahitan apabila gagal meneruskan perjuangannya dalam saingan Liga Europa musim ini.

Walaupun menang 2-1 ke atas Lyon dalam perlawanan kedua kelompok 16 terbaik di kandang sendiri, awal pagi Jumaat, pasukan itu tetap tersingkir dengan agregat 5-4.

Keputusan pahit ini turut dirasakan peminat bola sepak Itali apabila tiada lagi wakil negara itu yang akan beraksi dalam saingan bola sepak ini.

Berdasarkan statistik perlawanan, Roma mencatat penguasaan bola 63 peratus.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi Roma apabila impian untuk membalas kekalahan 2-4 yang dialami di kandang Lyon tidak tercapai.

Dengan keputusan ini, Lyon, kelab dari Perancis mara ke suku akhir bersama tujuh pasukan lain.
Liga Europa, wakil Itali

Artikel Lain