suria

Isteri Michael Essien Beli Kelab Divisyen Tiga Itali

ISTERI kepada bekas pemain Chelsea, AC Milan dan Real Madrid Michael Essien, Akosua Puni Essien, secara rasmi membeli sebuah kelab dari Itali, Como, Khamis.

Menurut laporan ESPN, Puni mengeluarkan dana sebesar €237,000 dalam usaha untuk memiliki kelab divisyen tiga itu.

Harga itu tidak termasuk pembelian pusat latihan pasukan dan penggantian nama Calcio Como.

Selepas dimiliki Puni, kelab dengan gelaran Lariani itu akan menggunakan nama FC Como.

Puni menyatakan kegembiraannya selepas menjadi pemilik Como.

"Saya berasa bangga dapat menjadi sebahagian daripada sejarah kelab yang telah wujud selama 110 tahun ini," katanya.

Sebelum ini, terdapat tiga kali usaha untuk menjual kelab ini tetapi tiada yang menunjukkan minat.

"Sukacita dimaklumkan kepada warga Como bahawa Akosua Puni, isteri kepada Essien, merupakan pemilik baharu kelab.


"Pemilik juga berjanji akan berusaha membawa masuk FC Como ke Serie B secepat mungkin dan mengembangkan para pemain berbakatnya supaya mereka dapat menunjukkan kemampuan terbaiknya," demikian kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kelab.

Ditubuhkan pada 1907, Como lebih banyak beraksi di peringkat bawah bola sepak Itali.

Kali terakhir mereka beraksi di Serie A adalah pada musim 2002/03 dan terus berada di zon bawah dalam tiga musim berturut-turut.

Sementara itu, ketika isterinya membeli Como, Essien dilaporkan telah menyertai kelab Indonesia Persib Bandung


Artikel Lain